【Ipoh】Seminar E-invois percuma dalam Bahasa Malaysia ~ Nov 2024
Tickets
Seminar percuma ini terutamanya merangkumi pengetahuan asas dan maklumat terkini mengenai e-invois.
Kenapa Seminar E-Invois?
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan melaksanakan e-invois untuk semua urus niaga perniagaan di Malaysia menhampiri 1 Julai 2025. Bersedialah untuk perniagaan anda secepat mungkin dalam bulan-bulan yang akan datang.
Siapa yang patut hadir?
- Pemilik dan pengurus perniagaan kecil
- Akauntan dan Pegawai Akaun
- Sesiapa yang terlibat dengan invois dan cukai
Deskripsi Seminar E-Invois
Untuk memahami garis panduan dan peraturan terkini e-invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, peserta akan mempelajari keseluruhan aliran kerja, proses, dan mekanisme e-invois, untuk membuat persediaan awal sebelum 1 Ogos 2024 (untuk perolehan lebih RM100 juta), 1 Jan 2025 (untuk perolehan lebih RM25 juta) dan menhampiri 1 Julai 2025 untuk semua perniagaan.
Isi Kursus
- Ketahui tentang e-Invois secara menyeluruh.
- Fahami peraturan e-invois di Malaysia.
- Ketahui faedah menggunakan e-invois.
- Pelajari langkah demi langkah bagaimana e-invois berfungsi.
- Kenali garis masa pelaksanaan e-invois.
- Fahami bagaimana e-invois akan mempengaruhi operasi dan rancangan perniagaan anda.
- Sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan perubahan e-invois.
Hasil Pembelajaran
- Mampu mengenal pasti dan memahami apa itu e-invois yang dilaksanakan oleh LHDN serta garis masanya.
- Mampu memahami proses pengesahan e-invois dari pembekal kepada pembeli.
- Mampu membezakan 3 jenis e-invois untuk dihantar kepada LHDN.
- Mampu menilai tahap kesediaan syarikat untuk pelaksanaan e-invois dan bekerjasama dengan penyedia sistem akaun untuk menyediakan sistem e-invois.
- Mampu mengenal pasti dan meminta e-invois yang sah untuk tuntutan perbelanjaan kakitangan, pembayaran semula, dan pembayaran balik.
Format Kursus
- Tempoh : 2.5 hours
- Format: Seminar dalam kelas (bersemuka)
- Bahasa: Bahasa Malaysia
📞
Pertanyaan: Jangan ragu untuk hubungi kami - [email protected]
Sertai kami untuk menjadikan e-invois mudah dan ringkas untuk perniagaan anda di Malaysia. Tekan butang daftar sekarang!